This is an outdated version published on 2020-11-04. Read the most recent version.

Pemansuhan Jenayah Cubaan Bunuh Diri Di Bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan: Bersediakah Malaysia?

Abolition of Suicide Attempt Crime under Section 309 of Malaysian Penal Code: Is Malaysia Ready?

Authors

  • Norashikin Sharifuddin
  • Hazlina Mohd Padil
  • Aliff Rahimi Abd Rahim
  • Muhammad Akmal Mazlan
  • Namirah Mohd Akahsah
  • Sharifah Shatrah Syed Hamid

Keywords:

pemansuhan, cubaan bunuh diri, Seksyen 309, Penyakit mental, Malaysia

Abstract

Di era 2020, depresi atau kemurungan merupakan penyakit mental yang telah dikenalpasti sebagai penyakit yang mempunyai peningkatan jumlah penghidap daripada pelbagai kategori umur. Melalui berita-berita yang dikongsi di dada akhbar dan media, terdapat peningkatan bilangan kes cubaan membunuh diri. Kebanyakan yang melakukan cubaan untuk membunuh diri merupakan penghidap yang telah didiagnosa oleh pakar psikiatri telah menghidapi penyakit mental seperti depresi, bipolar, gangguan stress pasca trauma (PTSD), gangguan kebimbangan, stress yang keterlaluan dan sebagainya. Artikel ini mengupas kes yang melibatkan seksyen 309 Kanun Keseksaan dengan menganalisa kepentingan seksyen tersebut sama ada dikekalkan, digubal atau dimansuhkan. Kupasan secara mendalam dengan membuat perbandingan dengan negara-negara yang telah menggubal provisi seksyen tersebut agar bersesuaian dengan keadaan semasa turut dibincangkan agar undang-undang selari dengan peredaran masa yang dan memudahkan urusan seharian kita namun, di satu sudut turut memberi impak yang besar kepada golongan yang menghidapi penyakit mental yang mana kesan dan akibatnya, ramai bertekad menamatkan nyawa tanpa menyedari atau mengabaikan undang-undang yang menghukum perbuatan cubaan menamatkan nyawa.

Downloads

Published

2020-11-04

Versions

How to Cite

Sharifuddin, N., Mohd Padil, H., Abd Rahim, A. R., Mazlan, M. A., Mohd Akahsah, N., & Syed Hamid, . S. S. (2020). Pemansuhan Jenayah Cubaan Bunuh Diri Di Bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan: Bersediakah Malaysia? Abolition of Suicide Attempt Crime under Section 309 of Malaysian Penal Code: Is Malaysia Ready?. INSLA E-Proceedings, 3(1), 86–94. Retrieved from https://insla.usim.edu.my/index.php/eproceeding/article/view/22