KONSEP DAN APLIKASI FIQH DARURAT DALAM MENYELESAIKAN ISU-ISU FIQH SEMASA MENGHADAPI PENULARAN PANDEMIK COVID-19
THE CONCEPT AND APPLICATION OF FIQH OF DARURAT IN SOLVING FIQH ISSUES IN TIME OF COVID-19 PANDEMIC
Keywords:
Fiqh Darurat, konsep, aplikasi, ijtihad fiqh, Pandemik COVID-19Abstract
Fiqh Darurat secara konsep mempunyai peranan yang dinamik dalam menyelesaikan isu-isu terkini. Hal ini, dapat dilihat melalui pengaplikasian ke atas sesuatu perkara yang memerlukan Fiqh Darurat. Isu-isu terkini yang berkaitan dengan penularan Pandemik COVID-19 telahpun membawa kepada ijtihad fiqh. Selain itu, pada masa yang sama Pandemik ini adalah penyakit yang mudah menular antara satu sama lain. Oleh itu, perlu merujuk kepada Fiqh Darurat dan meneliti sejauhmanakah peranannya tersebut. Juga menjelaskan sistem penularan Pandemik COVID-19 pada zaman dahulu. Kertas kerja ini bertujuan untuk menjelaskan konsep Darurat dan aplikasinya terhadap permasalahan fiqh yang timbul ketika berlakunya penularan Pandemik COVID-19. Juga meneliti penyakit menular ini dari aspek sejarah. Kaedah yang digunakan adalah qualitatif deskriptif melalui kajian kepustakaan daripada sumber primer dan sekunder. Selanjutnya, data yang terkumpul akan dianalisis untuk mendapat jalan penyelesaian. Hasil kajian mendapati bahawa Fiqh Darurat secara konsep merupakan panduan dalam menyelesaikan isu-isu fiqh ketika penularan Pandemik COVID-19 berlaku. Implikasi kajian secara aplikasi membuktikan bahawa isu-isu fiqh dapat ditangani dengan baik melalui Fiqh Darurat