Sorotan Literatur Kajian Penentuan Liabiliti Pembekal Dan Pesakit Dalam Rawatan Bekam Dari Perspektif Syariah Dan Undang-Undang

Literature Review of Liability Determination of Cupping Providers and Patients from Legal and Islamic Perspectives

Authors

  • Nurul Izzah Syafiqah Osman
  • Abd Hamid Abd Murad
  • Ahmad Syukran Baharuddin

Keywords:

bekam, liabiliti, rawatan tradisional, Syariah, hijamah, perundangan sivil, tort

Abstract

Abstract in English:

The practice of traditional medicine has been in existence since time memorial and also one of the practices which had been practiced by our Prophet (p.b.u.h.). Various writings have been done related to cupping from the religious point of view. Meanwhile, there are various writings on the legal aspects of the treatment of traditional medicine in developed countries such as The United States of America, United Kingdom, and Australia. Still, there is no extensive study on the legal aspects of traditional medicine treatment in Malaysia, especially on cupping from the Syariah and legal perspective. This literature review analyses the critical literature related to the study of determining the provider’s liability in cupping treatment. This article used the library method and textual documents. This study found a gap in the determination of liability and the existence of such guidelines will protect the service providers of cupping if any negligence or incidents happen during the cupping treatment. This paper suggests that further research will be done to refine this matter. It is essential to all practitioners and patients receiving cupping therapy, whether in Syariah and legal perspective.

 

Abstract in Bahasa Malaysia:

Amalan perubatan telah wujud sejak zaman-berzaman termasuklah bekam merupakan salah satu amalan yang telah diamalkan oleh Rasulullah (s.a.w.). Pelbagai penulisan yang telah dijalankan berkaitan bekam dari sudut pandangan agama Islam. Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia telah mempunyai pelbagai panduan dari segi aspek perundangan perubatan tradisional. Namun, masih belum ada lagi kajian yang menyeluruh mengenai aspek perundangan Syariah dan sivil bagi rawatan bekam. Sorotan keperpustakaan ini merujuk kepada aspek perundangan mengenai amalan bekam dari perspektif Syariah dan undang-undang. Sorotan ini menganalisis literatur-literatur penting berkaitan kajian penentuan liabiliti pembekam dalam rawatan bekam. Sorotan ini telah menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan juga dokumentasi. Hasil kajian mendapati terdapat kelompongan dalam penentuan liabiliti dan pewujudan garis panduan tersebut akan melindungi penyedia perkhidmatan bekam sekiranya sebarang kemalangan berlaku. Makalah ini mencadangkan agar kajian lanjutan dilakukan bagi memperhalusi perkara ini. Ia penting agar kepentingan semua pihak, pemberi dan penerima khidmat bekam dapat dijaga, sama ada dari perspektif Syariah dan juga undang-undang.   

Published

2020-12-31

How to Cite

Osman, N. I. S., Abd Murad, A. H., & Baharuddin, A. S. (2020). Sorotan Literatur Kajian Penentuan Liabiliti Pembekal Dan Pesakit Dalam Rawatan Bekam Dari Perspektif Syariah Dan Undang-Undang: Literature Review of Liability Determination of Cupping Providers and Patients from Legal and Islamic Perspectives . INSLA E-Proceedings, 3(1), 616-621. Retrieved from https://insla.usim.edu.my/index.php/eproceeding/article/view/47
صندلی اداری سرور مجازی ایران Decentralized Exchange

Most read articles by the same author(s)

1 2 > >> 
فروشگاه اینترنتی صندلی اداری