Darjah Pembuktian Bagi Kesalahan Hudud Di Bawah Enakmen Jenayah Syariah Di Malaysia: Yaqin Atau Zan Al-Ghalib?

Standard of Proof in Hudud Offences under The Syariah Criminal Enactments in Malaysia: Yaqin or Zan Al-Ghalib?

Authors

  • Suhaizad Saifuddin

Keywords:

burden of proof, zan al-Ghalib, yaqin, hudud, syariah criminal offence

Abstract

Abstract in English:

Fair sentence calls for credible evidence and proof. Discussion on evidence always revolves on burden and standard of proof. Standard of proof is important in every Syariah criminal trial because the accurate adoption of standard of proof guarantees dispensation ultimate justice. Failure to adopt the correct standard of proof will cause injustice to the parties involved. This article is intended to examine the standard of proof aspect in relation to hudud offences under syariah law and analyse that aspect under the syariah criminal jurisdiction in this country. This research also intends to propose few identified solutions to the issue at hand. This research stands on qualitative legal research methodology. The data and information are obtained through interviews and documentations of reported and unreported cases. Subsequently all data are analysed through the critical content analysis methodology. The research outcome indicates that there are loopholes in the law relating to standard of proof applicable to criminal syariah offences in this country. Hence there are two approaches adopted, either yaqin or zan al-Ghalib. The different approaches are results of incoherent treatment towards the status of hudud offence under the present law, whether it shall remain as hudud offences or be treated as takzir. The differing view crystalizes a presence of inconsistent thoughts and practices.  Therefore, this research proposes to adopt zan al-Ghalib as the standard of proof for hudud offences under the Syariah Criminal Enactments in this country to ensure integrated thoughts and uniform practice.

 

Abstract in Bahasa Malaysia:

Hukuman yang adil memerlukan kepada pembuktian dan keterangan yang kukuh. Perbincangan berhubung pembuktian adalah tidak lari daripada menyentuh aspek beban dan darjah pembuktian. Darjah pembuktian amat penting dalam sesuatu perbicaraan kes jenayah syariah kerana pemakaian terhadap darjah pembuktian yang tepat menjamin keadilan yang sebenar. Kegagalan menggunapakai darjah pembuktian yang diperlukan boleh mengakibatkan berlakunya ketidakadilan kepada pihak-pihak yang terlibat. Penulisan ini  bertujuan untuk mengkaji aspek darjah pembuktian berkaitan kes-kesalahan hudud menurut hukum syarak seterusnya menganalisis aspek tersebut di bawah bidang kuasa jenayah syariah di negara ini. Kajian ini juga berhasrat mengemukakan cadangan penyelesaian terhadap isu yang dikenalpasti. Kajian ini berdiri di atas kerangka kajian perundangan secara kualitatif. Data serta maklumat  diperolehi melalui temu bual dan dokumentasi termasuklah kes-kes yang dilaporkan dan tidak dilaporkan. Kesemua data kemudiannya dianalisis menerusi metodologi analisis kandungan secara kritis. Hasil kajian mendapati wujud kelompangan undang-undang berkaitan darjah pembuktian kes jenayah syariah di negara ini. Oleh yang demikian, terdapat dua pendekatan yang telah digunakan iaitu sama ada menerusi pemakaian yaqin atau zan al-Ghalib. Perbezaan pandangan ini terhasil berikutan pendapat yang diberikan sama ada kesalahan hudud di bawah undang-undang sedia ada kekal merupakan kesalahan hudud atau di bawah kesalahan takzir. Perbezaan pandangan ini menunjukkan kepada pandangan dan amalan yang tidak seragam. Justeru, penulisan ini mencadangkan agar pemakaian zan al-Ghalib sebagai darjah pembuktian bagi kes-kesalahan hudud di bawah Enakmen Jenayah Syariah di negara ini sekaligus perbezaan pandangan yang berlaku dapat dimuktamadkan dan diseragamkan.

Published

2021-06-02

How to Cite

Saifuddin, S. (2021). Darjah Pembuktian Bagi Kesalahan Hudud Di Bawah Enakmen Jenayah Syariah Di Malaysia: Yaqin Atau Zan Al-Ghalib? Standard of Proof in Hudud Offences under The Syariah Criminal Enactments in Malaysia: Yaqin or Zan Al-Ghalib?. INSLA E-Proceedings, 4(1), 32-41. Retrieved from https://insla.usim.edu.my/index.php/eproceeding/article/view/86
صندلی اداری سرور مجازی ایران Decentralized Exchange
فروشگاه اینترنتی صندلی اداری