Pembuktian Melalui Dokumen Dalam Kes-Kes Pengesahan Hibah Di Mahkamah Syariah Di Malaysia
Documents as Evidence in Hibah Validation Cases in Malaysian Shariah Courts
Keywords:
Pembuktian, Hibah, Dokumen, Keterangan, Mahakamh SyariahAbstract
ABSTRAK
Hibah boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu samada secara lisan dan juga secara bertulis. Penggunaan dokumen sebagai kaedah pembuktian dalam kes-kes pengesahan hibah di Mahkamah Syariah telah menjadi pilihan masyarakat pada masa kini. Namun, bukan semua dokumen yang dikemukakan kepada Hakim Bicara diterima sebagai bukti wujudnya hibah. Oleh itu, timbul persoalan sejauh manakah kebolehterimaan keterangan dokumen dalam kes-kes pengesahan hibah di Mahkamah Syariah.Makalahinibertujuan untuk mengenalpasti kaedah penerimaan dan pembuktian dokumen yang digunapakai dalam kes-kes pengesahan hibah di Mahkamah Syariah. Kajianperundanganini berbentuk kualitatifmenggunakan pendekatan kajiandokumentasi.Metode analisis yang digunakan adalahanalisis kandungan terhadapdata-datayang diperolehi daripada dokumen-dokumenilmiah seperti buku, artikel serta laporan kes dari jurnal dalam isu berkaitan keterangan dokumen dan hibah dari perspektif prinsip Syariah. Hasil kajianmendapatibahawapenerimaan dokumen sebagai bukti dalam kes-kes pengesahan hibah hendaklah memenuhi kaedah-kaedah yang telah ditetapkan dalam undang-undang keterangan. Kaedah pembuktian melalui pengakuan oleh pembuat dokumen atau pemberi hibah dan kaedah kewujudan dokumen disokong dengan keterangan dua orang saksi yang menyaksikan penyempurnaan dokumen merupakan dua kaedah yang kerap digunakan dalam kes pengesahan hibah. Kesimpulannya, kefahaman berkaitan kaedah pembuktian dokumen ini dapat membantu pengamal undang-undang, syarikat-syarikat yang menawarkan produk hibah dan masyarakat memastikan dokumen yang akan digunakan sebagai bukti hendaklah memenuhi kehendak undang-undang. Kajianini mencadangkan agar kajian lanjut dilakukan dengan skop yang lebih luas bagi memastikan kelompangan serta permasalahan berkaitan isu ini dilihat dengan lebih spesifik.
ABSTRACT
Hibah (Gifts) can be made through two methods, either orally and in writing. The use of documents as a method of proof in the case of hibah confirmation in the Syariah Court has become the choice of society now. However, not all documents submitted to the trial judge are accepted as proof of the existence of a hibah. Therefore, the question arises as to the extent of the admissibility of document evidence in hibah validation cases in the Syariah Court. This paper aims to identify the method of admission and proof of documents used in hibah validation cases in the Syariah Court. This legal study is qualitative in nature using a documentation review approach. The method of analysis used is the content analysis of the data obtained from documents such as books, articles and case reports from journals on issues related to document evidence and hibah from the perspective of Shariah principles. The results of the study found that the admissibility of documents as evidence in the case of hibah confirmation must meet the rules that have been set in the evidence law. The method of proof by acknowledgment by the document maker or grantor and the method of document existence supported by the testimony of two witnesses who witnessed the completion of the document are two methods that are often used in the case of hibah validation. In conclusion, an understanding of this document proofing method can help legal practitioners, companies offering hibah products and the community to ensure that the documents to be used as evidence must meet the legal requirements. This study suggests that further research be conducted with a wider scope to ensure that the gaps and problems related to this issue are seen more specifically.