Analisis Fatwa Air Sisa Kumbahan Dari Sumber Mutanajjis

Fatwa Analysis of Waste Water from Mutanajjis Sources

Authors

  • Mohd Mahyeddin Mohd Salleh
  • Yasmin Hanani Mohd Safian
  • Hussein ‘Azeemi Abdullah Thaidi
  • Syaza Azhari
  • Khadijah Amira Abdul Rashid

Keywords:

air, fatwa, mutanajjis, mustakmal, kumbahan

Abstract

Kemajuan teknologi masakini memberi impak besar kepada kesejahteraan hidup manusia. Antaranya membabitkan teknologi rawatan air sisa kumbahan yang mampu memproses air kumbahan menjadi lebih bernilai untuk pelbagai kegunaan seperti untuk pertanian, rekreasi, air minuman dan sebagai sumber tenaga baharu. Meskipun memiliki pelbagai kegunaan, namun, timbul persoalan hukum mengenai status air terawat dari sisa kumbahan, adakah ia boleh dimanfaatkan, memandangkan ia berasal daripada sumber air mutanajjis dan air mustakmal. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk menganalisis fatwa-fatwa berkaitan penggunaan air terawat dari sisa kumbahan, dalam aspek perubahan yang berlaku terhadapnya, daripada sifat asal air yang najis (mutanajjis) kepada mustakmal ataupun bersih (mutlak). Metodologi kajian ini berbentuk kualitatif, menggunakan kaedah pengumpulan data secara analisis dokumen terhadap fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa air sisa kumbahan yang telah dirawat, menurut fatwa, dikategorikan sebagai air yang suci lagi menyucikan (air mutlak), kerana berlakunya proses untuk menghilangkan najis dan mengekalkan semula sifat asal air yang suci lagi menyucikan. Justeru, air tersebut boleh digunakan untuk siraman bahkan ia boleh digunakan untuk minuman, selagi mana tidak memudaratkan, kerana air tersebut telah kembali kepada sifat air yang asal

Published

2020-12-28

How to Cite

Mohd Salleh, M. M., Mohd Safian, Y. H., Abdullah Thaidi, H. ‘Azeemi, Azhari, S., & Abdul Rashid, K. A. (2020). Analisis Fatwa Air Sisa Kumbahan Dari Sumber Mutanajjis: Fatwa Analysis of Waste Water from Mutanajjis Sources. INSLA E-Proceedings, 3(1), 525-534. Retrieved from https://insla.usim.edu.my/index.php/eproceeding/article/view/62
سرور مجازی ایران Decentralized Exchange

Most read articles by the same author(s)

فروشگاه اینترنتی