Aplikasi Kaedah-Kaedah Fiqh Dalam Isu-Isu Semasa Pandemik Covid-19

Application of Fiqh Rules in Current Pendemic Covid-19 Issues

Authors

  • Mualimin Mochammad Sahid Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia https://orcid.org/0000-0001-6100-2809
  • Fettane Amar Kulliyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences, International Islam University Malaysia
  • Ahmad Syukran Baharuddin Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia

Keywords:

Aplikasi, kaedah fiqh, pandemik, covid-19

Abstract

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia hari ini telah mengorbankan lebih sejuta mangsa meninggal dan menjangkiti jutaan lagi manusia. Sejarah akan mencatat musibah ini sebagai musibah terbesar abad 21 yang telah mengubah struktur kehidupan manusia yang belum pernah berlaku sebelum ini. Pelbagai cabaran dialami manusia semasa musibah berlaku dan bermula lah apa yang dikenali sebagai norma baharu dalam hidup manusia sama ada secara individu mahupun masyarakat. Sebagai agama yang Syamil (lengkap) dan salih likulli zaman wa makan (sesuai dengan segala zaman dan tempat), ajaran Islam (Syarak) menjadi panduan yang dapat digunapakai dalam mendepani segala cabaran era baharu dan memberi jawapan (solusi) bagi isu-isu semasa Pandemik Covid-19. Artikel ini membincangkan aplikasi prinsip-prinsip (kaedah) fiqh yang digunapakai sebagai panduan dan jawapan pelbagai persoalan yang dihadapi masyarakat. Kajian ini menggunakan metodologi kajian kualitatif iaitu menggunakan kajian perpustakaan dengan menganalisis dokumen primer dan sekundar seperti kitab rujukan (turath), serta penulisan akademik di dalam jurnal dan artikel. Dapatan kajian menunjukkan bahawa prinsip ajaran syarak yang terhimpun dalam kaedah fiqh menjadi rujukan dalam menentukan sesebuah hukum isu-isu yang berlaku. Ini menjadi bukti bahawa keanjalan hukum syarak mampu mendepani pelbagai isu semasa yang sentiasa berubah. Prinsip thawabit (yang kekal tidak berubah) dan mutaghayyirat (yang berubah) tetap diambil kira sebagai satu dasar rujukan dalam hukum hakam syarak.

Published

2020-12-28

How to Cite

Mochammad Sahid, M., Amar, F., & Baharuddin, A. S. (2020). Aplikasi Kaedah-Kaedah Fiqh Dalam Isu-Isu Semasa Pandemik Covid-19: Application of Fiqh Rules in Current Pendemic Covid-19 Issues. INSLA E-Proceedings, 3(1), 535–543. Retrieved from https://insla.usim.edu.my/index.php/eproceeding/article/view/65

Similar Articles

You may also start an advanced similarity search for this article.